Salahuddin: Tiga perdana menteri yang terlibat — dua Tun dan seorang Datuk Seri. Adakah mereka tidak berupaya untuk membawa individu tersebut ke muka keadilan?
Salahuddin: Najib perlu tubuh suruhanjaya siasat MAS rugi RM8 bilion
Ahli Parlimen Kubang Kerian mengadakan pertemuan dengan SPRM di bangunan Parlimen petang semalam.
“Mereka menjelaskan kepada saya kenapa SPRM tidak menyiasat kes tersebut. Saya dimaklumkan alasannya adalah kerana ia telah disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,” katanya.
Salahuddin berkata bahawa beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berjanji untuk meneruskan usaha itu.
“Saya tidak yakin dengan penjelasan mereka dan saya akan meneruskan agenda saya untuk mendedahkan semua dokumen dan membawa perkara ini ke sesi Parlimen seterusnya.
“Saya akan jadikan ia satu keutamaan,” kata beliau.
Dengan merujuk kepada skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) beliau berkata, “saya merasakan ia satu keperluan untuk bertindak lebih agresif. Saya yakin bahawa selepas isu ini didedahkan, kita bolah bawa perkara ini ke muka keadilan.”
“Kita berusaha selama empat tahun dan akhirnya individu terlibat dihadapkan ke mahkamah,” kata Salahuddin lagi.
Salahuddin berkata apa yang menjadi persoalan adalah individu yang dipercayai terlibat menyebabkan kerugian ditanggung MAS tidak pernah dibawa ke mahkamah walaupun telah disarankan polis.
Salahuddin menuduh dua perdana menteri sebelum ini, polis dan Jabatan Peguam Negara terlibat dalam kospirasi untuk melindungi individu yang telah menyebabkan kerugian MAS dan adalah wajar Najib mengambil tindakan.
“Tiga perdana menteri yang terlibat — dua Tun dan seorang Datuk Seri. Adakah mereka tidak berupaya untuk membawa individu tersebut ke muka keadilan?
“Sekarang Najib adalah Perdana Menteri, jika beliau bercakap tentang integriti, ini adalah masanya untuk menghukum mereka yang terlibat,” katanya.
Laporan polis pertama terhadap bekas Pengerusi Eksekutif MAS Tan Sri Tajuddin Ramli pada 2002 kerana dipercayai menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian lebih RM8 bilion.
Tajuddin menerajui MAS dari 1994 hingga 2001.
Laporan kepada SPRM bertarikh Mei 2009 mendakwa Jabatan Peguam Negara enggan mendakwa Tajuddin walaupun ketua CCID ketika itu Datuk Ramli Yusoff memberi jaminan pada 2007 bahawa ia ada menemui kesalahan-kesalahan yang boleh dibuktikan.
Malah laporan itu mendakwa Tajuddin diberikan akses kepada rekod-rekod siasatan dan polis yang kemudian digunakan untuk dakwaan proses artibrasi.
Salahuddin juga mendakwa Ramli ada menemui bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi secara peribadi dengan syor-syornya tetapi kemudian diketepikan.
“Tiada siapa yang kisah dan MAS menunjukkan rasa kecewanya,” kata Salahuddin.
Salahuddin menegaskan jika kesemua parti enggan meneruskan isu berkenaan beliau akan meminta diadakan suruhanjaya diraja untuk menyiasat perkara berkenaan.
“Sekurang-kurangnya orang tahu siapa dalang dalam isu ini,” kata wakil rakyat itu.
No comments:
Post a Comment